Tuesday, January 26, 2016

PERMULAAN SEBUAH PENGAKHIRAN




ا :  permulaan sebuah pengakhiran

Sudah pasti anda kenal bukan huruf tersebut ?

Ya huruf ا . ا merupakan huruf pertama dalam hurug hijaiyah

Setiap hari kita melihat huruf  tersebut sama ada ketika membaca alquran mahupun membaca buku-buku agama .

Pada mulanya saya juga tidak sedar rahsia disebalik huruf ini . 

Namun ketika saya sedang asyik termenung . Saya terpandang hurufا dan terfikir sesuatu yang cukup menakjubkan  !

Namun.apakah yang begitu istimewa dengan huruf ا ini?

Mungkin ada yang meminati huruf  ا kerana nama mereka bermula dengan huruf alif jika dieja dalam jawi .

Namun bagiku, huruf ا mempunyai satu pengajaran yang cukup berguna . Sungguh hebat ciptaan allah yang maha luas pengetahuannya

Seperti yang kita ketahui huruf ا merupakan huruf hijaiyah yang pertama bukan?

 Ya huruf pertama . Huruf yang melambangkan satu permulaan . Permulaan bagi sesuatu perkara

Ayuh kita lihat fenomena yang kedua pula , cuba kita eja perkataan “awal” dalam bahasa arab : لوا  . 
Bermula dari huruf ا  bukan ?

Sekarang cuba kita eja perkataan “akhir” pula dalam bahasa arab . Maka kita akan dapati : ر ي خ ا  . Juga bermula dengan huruf  ا  bukan

Tidakkah kita melihat , huruf pertama yang  digunakan untuk mengeja perkataan awal yang membawa maksud kepada permulaan juga  merupakan huruf pertama yang digunakan untuk mengeja perkataan akhir yang membawa maksud sebuah pengakhiran .

Ya lihatlah rahsia di sebalik hruf ا  , rahsia yang begitu bermakna iaitu : tedapat sebuah permulaan dalam sebuah pengakhiran

Apa cuba cuba saya sampaikan di sini adalah ..

Seperti yang kita lihat betapa ajaibnya dan indahnya ilmu allah dalam perkara yang mungkin tidak ramai disedari ramai ini.

Bagaimana huruf huruf ا  iaitu huruf pertama  saling digunakan untuk menggambarkan dua perkara yang berbeza iaitu :  akhir dan awal .

 Ia menunjukkan bahasa akhir dan awal itu merupakan satu perkara yang saling berkait dan mempunyai hubungan  
Namun apakah dia hubungan tersebut ?

Apakah dia permulaan ?

 Permulaan kehidupan kita adalah sejak kita lahir di muka bumi ini sehingga kita menghembuskan nafas yang terakhir?

Apakah dia pengakhiran yang saya maksudkan ? Cuba teka 
.
Ya . Kematian . Kematian itu pasti akan mendatangi setiap insan yang bernyawa . Itu janji allah dalam firman nya  yang bermaksud:
Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati" (qs. 3 : 185).

Namun , kematian bukanlah  sebuah pengakhiran , namun ianya  hanyalah sebuah permulaan yang hadir setelah sebuah pengakhiran , permulaan untuk bertemu allah , permulaan ke tempat asal kita . 

Kita hanyalah penumpang dunia yang sedang bertungkus lumus menyediakan amalan kita untuk bertemu Allah s.w.t

Kata seorang pujangga terkenal arab: Garis penamat sebuah kehidupan sebuah kehidupan adalah kematian

Dan kata seorang sufi : Mati adalah permulaan sebuah perjalanan menemui allah

Tatkala ini . Manusia seolah olah lupa akan kematian . Lupa akan terdapatnya sebuah  pengakhiran bagi sebuah permulaan . Mereka terlalu cintakan dunia . Sibuk mengejar dunia sehingga melupakan pengakhiran hidup mereka .

Persoalannya sekarang . Adakah diri kita sendiri sudah cukup bersedia untuk menghadapi kematian ?

Adakah kita bersedia menghadapi pengakhiran hidup kita?dan bersediakah kita menuju permulaan yang baru ?

. Renungkanlah



Saya pemuji allah . Syakir : the new zakir . In sha allah

Saturday, January 16, 2016

AKAL : GESAAN UNTUK PULANG


FALSAFAH HIDUP karya HAMKA
    



   Ketika saya cuba menghayati Falsafah Hidup karya Buya Hamka, ada beberapa intipati yang wajar saya rasa dikongsi bersama sebagai jawapan kepada soalan ini. Buku ini agak fiktif. Lima belas topik terawal buku ini yang terangkum dalam dua bab (pertama dan kedua), semuanya berputar di antara satu komposisi sahaja iaitu akal. Buya Hamka mendefinisikan akal, meletakkan hujung pangkal akal dan meletakkan satu persatu fungsi akal. Saya mula terfikir lagi, betapa besar penekanan ini sehingga ia mendominasi buku ini. Hamka seolah-olah seorang yang rasionalis kerana mengutamakan akal dalam setiap tindak tanduknya.

   Baru-baru ini saya tertanya-tanya dimanakah ‘kewajaran’ dalam peristiwa Israk Mikraj. Jika secara logiknya seperti yang difahami secara alamiahnya cuba menjawab kewajaran ini, saya fikir ia akan menemui jalan buntu. Namun kita tidak boleh menolak logika dan kewajaran kerana ia adalah fungsi akal. Sekali pandang, peristiwa ini luar logika. Namun itulah kesilapan kita kerana hanya ‘sekali pandang’. Sekiranya dipandang berkali-kali, maka titik kewajaran akan kita temui.
Nabi Muhammad SAW diriwayatkan dalam sebuah hadis ketika pulang dari peristiwa ini, tempat tidur Nabi masih hangat seolah-olah baru sekejap sahaja ditinggalkan. Menurut logika amat mustahil jika diukur jarak dan masa seperti yang difahami manusia sehingga timbullah pelbagai pandangan ada yang mengatakan ianya hanyalah spiritual journey dan yang jumhur mengatakan ianya adalah physical journey bukam sekadar mimpi.

   Baik. Begini. Jika kita cuba fikirkan keupayaan seekor lalat terbang dari Kedah ke Kuala Lumpur. Mustahil kan menurut logika dan fakta2 tentang seekor lalat seperti boleh hidup tiga empat hari sahaja. Jika sekali fikir, ya, ia amat mustahil. Namun, begitulah kita sekali fikir. Tidakkah kita berfikir bahawa lalat itu telah menumpang sebuah kereta. Bukankah ianya diterima akal? Itulah fikir sekali akan meninggalkan kesimpulan yang begitu tipis.

   Di sinilah sebabnya kenapa 15 topik pertama dalam buku Falsafah Hidup, Hamka hanya memutarkan subjek akal. Seolah-olah ada gesaan untuk pulang kepada akal. Fungsi sebenar akal ialah menilai sebelum sesuatu. Namun yang menyedihkan hari ini ialah ramai yang tidak menilai sebelum melakukan sesuatu. Tidak hairanlah ada manusia yang merasa bangga meng‘upload’ gambar ‘brelfie’nya. Tidak hairan juga apabila kita melihat kepada statistik kes penceraian di Malaysia yang kecoh baru-baru ini bukan sahaja nilai angka tersebut sahaja yang mengejutkan tetapi faktor2 penceraian itu juga sangat mengejutkan yang boleh dikatakan remeh. Tidak pelik juga ada juga orang yang sanggup menuduh, memaki dan tidak lupa juga melabel seseorang apabila tidak sependapat, sepolitik, sepersatuan dengannya. Dimanakah akal yang seharusnya menilai sebelum sesuatu dan dimana akal yang seharusnya menjadikan diri mudah dan terbuka.


Di sini, akal mengajar manusia membezakan sesuatu perkara termasuklah kebaikan itu sendiri. Akal berfungsi membezakan mana satu kebaikan yang sebenar dan mana satu yang hanya bertopengkan kebaikan. Akal juga berfungsi mengajar manusia mana satu kezaliman yang perlu ditentang dan dijauhi, dan mana satu yang perlu dinilai semula adakah ianya benar-benar kezaliman atau hanya tercipta dari riuh manusia. Hanya dengan menggunakan akal, banyak keputusan yang bakal kita tempuhi dengan tegas dan yakin. Keyakinan hati hannya akan dicapai melalui keyakinan akal. 

Untuk merubah sesuatu kita tidak perlu pergi terlalu jauh terkadang kita tidak perlu pergi pun sebaliknya pulang. Pulang kepada diri, kepada akal yang sememangnya anugerah yang masih belum dimanfaatkan sepenuhnya. Marilah kita ‘pulang’, masih belum terlambat untuk merubah. Pulang kepada akal. 

                                                              -kerinduanku-

Monday, January 11, 2016




                                                  
UNTUK APA?



Weekend.

Satu nikmat bagi penuntut ilmu seperti ku. Waktu lapang sebegini biasanya akan diisi dengan pelbagai aktiviti bukan istirehat semata-mata. Aku tahu sebagai seorang pemuda Melayu Muslim aku harapan segala-galanya. Yang mengerti sahaja akan tahu betapa beratnya bahu ini melangkah seharian bukan disebabkan pakaian yang dipakai bukan paku-paku pangkat di baju tetapi tanggungjawab benda abstrak yang berat hanya diri sendiri boleh menimbangnya.

"Menulis!", cetus benak hatiku.

"Menulis itulah yang akan aku lakukan untuk menyambung segala harapan yang ibarat tidak pernah hilang sinarnya", sambung otakku berbicara.

Riak wajah yang mengukir senyum tadi berubah ibarat seseorang yang sedang memulas perutnya malah lebih teruk kerutnya daripada nenek di rumah apabila timbul persoalan2 yang agak merungsingkan bagi diriku untuk menjawabnya. Pelbagai persoalan menyerbu masuk ke dalam fikiranku.

"Apa yang hendak aku tulis ye?"

"Hmm..menulis? aku minat tapi aku tak berbakat takut nanti tiada siapa yang akan baca penulisanku pulak".

"Genre apakah yang aku akan bawakan? motivasi agama?novel cinta?isu semasa?", fikirku melayang jauh.

"Aku tak nak digelar 'keyboard warrior' nanti", menambahkan lagi kekusutan otakku yang sedia kusut ini.

Aku cuba menamatkan segala persoalan ini namun

"Library!", pantas perkataan Inggeris ini menyambut khayalan ku. Mungkin ianya ilham dari si-Dia.

Aku bingkas bangun dari katil, menghilangkan segala khayalan kembali memijak realiti.

"Amir!", seruku penuh lembut.

"Asal?", ringkas jawapannya.

"Jom ikut aku gi library jap. Ada benda aku nak cari jap?, pintaku penuh harapan.

"Hmm..jomla tapi ", jawapnya separuh ibarat tidak sanggup untuk menghampakan aku.

Wajahku kembali senyum mendengar jawapan itu. Aku tahu Amir seorang ulat buku mustahil dia akan menolak pinanganku ini. Perpustakaan ibarat rumah kedua bagi dia tetapi aku agak hairan dengannya ibarat tidak seceria seperti keadaan sebelum-sebelumnya apabila diajak ke rumah keduanya itu.

"Mungkin mengantuk", jawabku meneka.

"Mat, ney asal ajak gi library mengejut kita takde plan apa2 pon?", soal Amir di dalam kereta.

"Takdir Allah la Mir ooii", jawabku main-main.

"Kita merancang tetapi Allah jualah sebaik-baik perancang", sambungku dengan niat bergurau.

"Ye, itu aku tahu tapi takkan takde ribut takde angin kau nak ke library pulak", balas Amir yang agak marah dengan jawapanku sebentar tadi.

Aku mengambil keputusan untuk tidak menyambung bicara. Pemanduanku lebihku fokuskan kerana aku rasa ini bukan masa yang sesuai untuk meluahkan apa khayalanku di bilik tadi.

"Wow!", bisingku yang agak melebihi had kebiasaan suara di library.

Mir, tengok kat meja hujung sana tu sambil jariku semangat menunjukkan tempat tersebut.

"Bukankah tu Encik Jalil, penulis buku bestseller sekarang", soalku meminta jawapan pantas.

"Eh, haahla. Siapa yang tidak kenal dengan wajahnya yang sering terpapar di setiap buku2 tulisannya. Tambahan pula memang buku beliau yang aku sedang baca Mat tajuk 'Kamu Hidup Aku Juga Hidup'. Cam sangat wajahnya setiap kali bukuku dibuka setiap itu ada wajahnya di hadapan", balas Amir panjang mengisyaratkan 'mood'nya yang sudah sampai.

"Alhamdulillah", hatiku diam mengucapkan. Lantas, segera aku menyambung perbualanku dengan Amir kembali.

"Jom duduk kat meja yang dekat2 dengan penulis tu", ajakku kepada si Amir.

Sebelum melabuhkan punggung yang seolah-olah tidak sabar untuk meng'usha' setiap gerak-geri penulis tersebut aku memilih untuk mencari beberapa buah buku yang ada di fikiranku. Amir juga melakukan hal yang sama tanpa diajak. Berjalanku pantas melewati setiap rak-rak yang ada kerana aku ingin menyegerakan pencarian buku agar dapat aku 'usha' si penulis tersebut. Sebenarnya hasratku mengajak Amir duduk berdekatan dengan meja penulis itu bukanlah sekadar 'usha' kosong seperti lelaki melihat wanita cantik untuk pertama kalinya tetapi hasratku jauh lebih besar iaitu

"Aku mesti berusaha untuk berjumpa dengannya dan menanyakan tips2 untuk menjadi seorang penulis", azam hatiku saat melihat beliau sebentar tadi.

Tiba-tiba kakiku ibarat dirantai. Bukan tidak boleh digerakkan tetapi seolah-olah tiada daya yang hendak menggerakkannya apabila melintasi satu buku yang berjudul 'Cara Mudah sebagai Penulis Bebas' karya Zamri Mohamad.

"Yeah, ini yang aku cari. Jumpa pon", bicaraku seorang.

"Mat, cepat la. Jom duduk", gesa Amir yang mungkin sudah lama selesai mencari buku pilihannya.

Pantas aku melangkah kepada Amir dan memilih meja yang telah dirancang tadi. Dudukku gelisah hendak sahaja aku bangun dan pergi ke meja si penulis tersebut apabila memikirkan hasratku yang besar itu namun

"Mat, dah kenapa ambik buku lain daripada biasa ney?", sapa Amir membuatku sedikit terkejut dari fikiranku.

"Hah?", pantas mulutku mengucapkannya.

Amir dengan rasa yang semakin pelik dengan aku hari ini mengulangi pertanyaannya sekali lagi dengan nada yang agak tertanya-tanya.

"Ouh....", jawabku tiada noktah kerana sedang memikirkan perlu atau tidak aku menyatakan hasrat yang ku diamkan sahaja ini. Memikirkan siapa Amir dan hubungannya denganku aku rasa aku perlu memberitahunya.

"Woi!", Amir bersuara meminta jawapannya.

Tanpa berfikir lagi aku memulakan bicaraku dengan Amir untuk menyatakan hasratku yang ingin menjadi seorang penulis tersebut. Tekun Amir mendengarnya yang aku rasa tidak akan berlaku jika aku ceritakannya kepada rakanku yang lain. Pasti mereka akan mengetawakan aku dengan hasratku itu tetapi sebaliknya berlaku disini mulutku tersenyum kecil apabila melihat Amir meletakkan buku yang dipegangnya itu di atas meja sambil menandakan muka surat terakhir dibacanya menunjukkan
kekhusyukkanya terhadap ceritaku ini. Di akhir bicara, aku meminta Amir untuk merahsiakan perkara ini.

"Fuh", respon Amir ringkas seolah-olah bersetuju dengan hasratku itu.

Amir menyambung bicara

"kalau macam tu beranikanla diri kau pergila berjumpa dengan penulis tu bukan senang nak jumpa penulis tak dikelilingi orang ramai macam ney. Kau pon tahu penulis sekarang 'famous' setaraf artis dah", dengan nadanya yang penuh galakan.

Dengan relanya kakiku ini berdiri lalu berjalan perlahan-lahan ke arah meja penulis tersebut sambil membawa buku nota kecilku. Ianya ibarat adanya magnet yang menarik diriku ini ke sana. Aku tidak melawan langkahku ini tidak juga aku percepatkannya seolah-olah aku masih lagi was-was dengan tindakan ini.

"Assalamualaikum, Encik", mulutku memulakan perbualan.

"Waalaikumsalam, panggil abang je tak yah encik2 abang bukannya sesiapa pon, balas penulis itu tawadhuk.

Abang tersebut lantas mempelawaku untuk duduk semeja dengannya. Hatiku yang sedikit gemuruh itu tadi bertukar tenang dengan sifat yang ditunjukkan oleh 'abang' ini. Amir memerhatikanku dari jauh senyuman terukir di bibirnya memberi semangat kepadaku. Aku mula memperkenalkan diriku. Abang tersebut membalas salam perkenalanku itu. Memang betul inilah penulis bestseller itu apabila dia memberitahu namanya, bicaraku dalam hati. Lantas aku segera hilangkan segala gemuruh yang ada dan mula bertanya

"Ha..abang, saya ada hasrat nak menjadi penulis tetapi pelbagai persoalan timbul seakan-akan cuba menghalang hasrat saya ini. Kebetulan saya nampak abang di meja ini tadi jadi saya terus terlintas nak bercakap dengan abang nak mintak tips untuk mula2 menulis", beritahuku kepadanya.

Abang penulis itu tidak segera menjawab pertanyaanku tetapi dia hanya mengeluarkan sekeping kad mungkin kad bisnesnya. Aku mula berfikir yang mungkin abang ini menyuruhku berjumpa di pejabatnya atau menelefonnya pada masa lain dan banyak lain ramalan2 ku. Tangannya mencapai sebatang pen yang berada di poket bajunya itu. Kad bisnesnya itu diterbalikkan. Pen mula digerakkan menulis seperti seorang yang bisu berbicara dengan orang yang tidak memahami bahasa isyarat yang perlu menggunakan satu perantaraan sahaja iaitu tulisan. Berhenti menulis kad itu terus diberikan kepadaku.

Aku mengambil pantas sambil menantikan bicara dari abang tersebut namun tiada sepatah pun yang keluar dari mulutnya. Aku menjadi semakin bingung. Kata-katanya ibarat emas sukar untuk keluar, aku berbicara di dalam hati.

"Tengok belakang kad tu adik", suruh abang penulis kepadaku.

'UNTUK APA ENGKAU MENULIS', itulah yang tertulis di belakangnya.

Saya memulakan penulisan saya dengan karya ini agar dapat memastikan karya-karya yang seterusnya akan sentiasa berada di atas jalan niat yang betul.

Jangan tepuk genggamkan tangan letak di dada pejamkan mata renungkan sejenak 'UNTUK APA AKU MENULIS'.























Thursday, January 7, 2016

Si Tujuh Buka Buku

Bismillah...

Tujuh Penulis Amateur
(sumber)

Ketika dunia merana,
kita serba tak kena.

Pandang sana sini,
tak henti mencari solusi.

Mengata jelek tak terhabisi,
menganggap Kiamat menghampiri.

Tika kalimat Ilahi menyebut Iqra',
tulisan picisan penuh berselerak.

Tiada guna kita mencela,
kalau hanya menunding sahaja.

Kami bukan superhero yang dipilih ,
bukan juga insan terlatih.

Sebagai manusia yang masih tertatih,
minat kepada penulisan kami pilih.

Tiadalah Iqra' tanpa penulisan,
maka kami datang menyedia pilihan.

Tujuan diharap murni,
untuk mensucikan kalimah ini.

Amateur pun jadilah,
yang penting kami tak mengalah.

Kami sedar kami bukan terhebat,
namun kami mahu menjadi terkuat.

Bukan mulia di sisi manusia lagha,
tapi di mata Tuhan yang Maha Mulia.

Cukuplah Allah Tuhan kami,
sebagai pemerhati usaha dan niat di hati.

Maka disini kami bermula,
mencorak diri dan manusia.

Kami hanya bertujuh,
bermula dengan bismillah.