Pernah sekali, beliau dimarahi oleh gurunya hanya
kerana tidak punya buku untuk menulis apa yang di ajarkan kepadanya. Jamil,
salah seorang rakan kelasnya kadangkala meminjamkannya sehelai kertas
kepadanya.
“Ijol, nah kertas. Ambillah.” Bisik Jamil. Ijol
mengangguk-angguk sahaja, tanda berterima kasih.
****
Sewaktu rehat, Jamil mencari peluang untuk bercakap
dengan Ijol. Dia hairan, mengapa Ijol tidak pernah membawa buku nota untuk
sedang mencatat, dan ketika rehat pula, Ijol seringkali tidak makan.
“Ijol, kau tak makan ke?”, soal Jamil.
“Tak, aku tak lapar.”jawab Ijol sambil mencampakkan
batu ke kolam ikan. Batu yang dicampakkan ke dalam kolam tersebut menyebabkan
ikan-ikan didalam kolam tersebut seolah-olah berenang ke arah yang bertentangan
dengan tempat yang Ijol campakkan batu.
“hah, kau kenapa Jamil? Tak pergi kantin ke? Sekarang kan
dah pukul 10.20 dah, lagi sepuluh minit lagi nak habis rehat ni. Jangan
risaukan aku. Nanti kau yang lapar.”
“ah. Bukan apa Ijol. Ada perkara-perkara yang aku
fikir, aku perlu dapatkan penjelasan dari kau. Aku selalu perhati engkau ini.
Engkau ini bukan budak tak pandai, aku rasa kalau diberi peluang mesti kau
dapat kalahkan Afiq yang sombong itu dalam semua pelajaran. Tapi mungkin ada
masalah-masalah yang barangkali aku fikir, engkau sembunyikan kepada orang
lain. Jadi aku fikir, aku sebagai teman engkau aku ingin tahu apa yang
sebenarnya melanda diri engkau ini?”
“Eh masalah apa,Jamil? Aku mana ada kacau orang,” nada
kehairanan Ijol tiba-tiba tertonjol.
“Yela. Aku kira engkau tidak kacau orang. Tapi aku
lihat sejak kebelakangan ini, engkau sering lewat ke sekolah sehingga dirotan
oleh Cikgu Asri. Buku pula engkau tidak pernah bawa. Padahal telah dipesan
banyak kali oleh semua cikgu-cikgu kita.”
“ah itu semua perkara kecil sahaja. Aku tidak fikir
ianya sepatutnya menggangu fikiran engkau,” balas Ijol.
“Aku kawan engkau Ijol. Aku kenal kau sudah lama. Lagipun apalah salahnya seandainya engkau
berkongsi duka dengan aku, sebab aku juga adalah saudaramu dalam keimanan.”
“Kringg, Kring,”bunyi loceng menandakan tamatnya waktu
rehat.
Tidak sempat Ijol balas, tiba-tiba sahaja bunyi loceng
sudah bunyi. Jom Jamil kita kembali semula ke kelas, nanti kita kena denda
pula.
“Aku fikir baik kita tangguhkan sahaja perbualan kita
ini, didalam kelas nanti,” cadang Ijol.
No comments:
Post a Comment