“Abang, abang kenapa kita tidak boleh makan disana?”soal
Ijol sambil menuding jarinya ke seberang
kedai makanan segera KFC.
“Ijol, kita mana mampu hendak makan kedai yang
sebegitu. Apa yang kita makan sekarang ini pun sudah cukup untuk mengisi perut
ini. Bersyukurlah Ijoi dengan apa yang Tuhan kurniakan pada kita. Mungkin ada
yang lagi susah dari kita.”, pujuk Arif, yang merupakan abang kepada Ijoi.
Jauh
disudut hati Ijol berasa hampa kerana sudah lama mengidamkan makanan dikedai
makanan tersebut. Hampir setiap hari, setelah abangnya mengambil Ijol dari
sekolahnya, mereka berteduh di bawah pokok, untuk makan makanan yang dibekalkan
oleh ibu mereka. Mungkin juga untuk berehat. Pokok tersebut pula memang
terletak betul-betul berhampiran dengan kedai tersebut. Adakalanya Ijol
diam-diam pergi kedai tersebut, melihat makanan yang dipaparkan di kaunter.
Namun Ijol hanya duduk dan melihat, tidak pula membeli kerana dia tahu siapa
dirinya. Dia hanyalah budak miskin yang tidak mampu membeli makanan-makanan
tersebut.
Alangkah
kecewanya dirinya apabila abangnya menjawab sedemikian, setelah lama hanya
melihat orang membeli.Mukanya monyok seakan-akan tidak menerima jawapan yang
diberi oleh abangnya. “Ijol, janganlah sedih Ijol. Abang janji, kalau kita ada
duit lebih, nanti abang belanja Ijol KFC ye.”, pujuk Arif sekali lagi.
“wah betul ke, Abang?” wajahnya yang monyok tadi tiba-tiba
mengukir kembali senyuman.
“Iya, Ijol abang janji. Tapi Ijol kena janji dengan
abang satu perkara!”
“Eh, ada syarat pula. Apa dia syaratnya?” soal Ijol.
“Ijol kena belajar elok-elok. Jangan malas-malas, buat
kerja sekolah, buktikan Ijol juga pandai macam budak-budak lain.”
“Hmm. Okay abang. Saya janji.” Jawab Ijol dengan penuh
yakin. Ijol sememangnya budak pandai. Apa yang diajarkan oleh guru, dia lebih
cepat tangkap berbanding murid-murid yang lain. Namun, disebabkan kekurangan
kewangan, dia tidak dapat belajar dengan baik disekolahnya. Dia tidak mampu
membeli buku-buku catatan seperti kawan-kawan yang lain. Pernah sekali, beliau
dimarahi oleh gurunya hanya kerana..
Bersambung…
Ibn Skywalker
No comments:
Post a Comment