Tradisi keilmuan tidak pernah hilang dari tangan-tangan orang yang mencari kebenaran.
dan kebenaran pula akan mendorong kita untuk bertindak betul, memperbaiki keadaan sekeliling, seterusnya memberi manfaat sama ada ianya bersifat makro mahupun mikro.
Sekiranya kita menyebut tentang manfaat pula, kita tidak akan lari dalam memperkatakan ilmuan-ilmuan, pemikir-pemikir Islam yang pernah muncul suatu ketika dahulu. Misalnya As-Syahid Imam Hassan Al-Banna (1906-1949), yang telah mengasaskan gerakan Ikhwanul Muslimin sehingga hari ini lebih 87 tahun menyebar sehingga dari 70 buah negara seluruh dunia. As-Syahid Syed Qutub (1906-1966), dimana penulisannya Tafsir fi zilal Quran , telah dijadikan bahan untuk ditelaah, dikaji, mahupun dijadikan panduan oleh sebahagian umat Islam didunia. Muhammad Iqbal (1877-1938) dimana seorang filasuf dan juga seorang penyair, dimana penulisannya telah disebar luas, terutama tentang falsafah.
Ilmuan mahupun pemikir terdahulu seumpama al-Ghazali, ibn Rushd, Hajar al-Asqolani, Ibn Tamiyyah dan sebagainya.
Gaya pemikiran mereka, idea-idea mereka sesetengah darinya telah pun diabadikan dalam penulisannya. Khazanah yang diberikan inilah yang membawa menampakkan ketinggian Islam.
Melihat kepada kemunculan keunggulan keilmuan Islam, saya meminjam kata-kata seorang penulis Mohamad Kamil Hj Ab. Majid,
Sesetengah darinya dijelmakan dalam bentuk amal dan bukan semata-mata dalam bentuk penulisan. Sungguh, ilmu itu seharusnya dijelmakan dalam bentuk amal, disemadikan bersama orang sekeliling, agar kebaikan yang disemai bersama kerana bukankah kita ingin ke syurga bersama?
Kemunculan seorang tokoh pada suatu zaman, nilainya barangkali lebih berharga dari manusia yang biasa-biasa sahaja. Lantaran jasa yang ditaburnya semasa hayatnya. Maka jelaslah lagi terang bersuluh, bahasawanya orang-orang terdahulu, namanya diukir didalam sejarah adalah disebabkan ilmu yang bermanfaat disebarluaskan kepada orang ramai, dijadikan pedoman untuk mengatur kehidupan bersama. Namun, satu perkara yang harus kita renungi ialah boleh jadi suatu ilmu yang bermanfaat tidaklah memberi kesan kepada diri seseorang mahupun kepada orang sekeliling, lantaran ilmu itu digunakan untuk kepentingan diri, ataupun tujuan-tujuan yang tertentu.
Kata pujangga Hamka
Meyakini bahawasanya kita hidup sebagai hambaNya, dan hidup sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi agar kebaikannya diraih bersama. Ganjarannya Tuhan sahaja yang balas. Bukan kerana nama, mahupun harta dan pangkat. Semoga apa-apa yang kita lakukan, kita lakukan dengan cara yang terbaik, dan Tuhan menerima amalan yang kita lakukan.

"Cahaya kecemerlangan pemikir Islam tidak pernah malap, justeru timbul fenomena menandakan wujudnya kemalapan akan muncul segera mereka yang menerangi kembali cahaya yang semakin suram itu.."
Sesetengah darinya dijelmakan dalam bentuk amal dan bukan semata-mata dalam bentuk penulisan. Sungguh, ilmu itu seharusnya dijelmakan dalam bentuk amal, disemadikan bersama orang sekeliling, agar kebaikan yang disemai bersama kerana bukankah kita ingin ke syurga bersama?
Kemunculan seorang tokoh pada suatu zaman, nilainya barangkali lebih berharga dari manusia yang biasa-biasa sahaja. Lantaran jasa yang ditaburnya semasa hayatnya. Maka jelaslah lagi terang bersuluh, bahasawanya orang-orang terdahulu, namanya diukir didalam sejarah adalah disebabkan ilmu yang bermanfaat disebarluaskan kepada orang ramai, dijadikan pedoman untuk mengatur kehidupan bersama. Namun, satu perkara yang harus kita renungi ialah boleh jadi suatu ilmu yang bermanfaat tidaklah memberi kesan kepada diri seseorang mahupun kepada orang sekeliling, lantaran ilmu itu digunakan untuk kepentingan diri, ataupun tujuan-tujuan yang tertentu.
Kata pujangga Hamka
"Banyak guru, doktor, hakim, insinyur (jurutera); banyak orang yang bukunya satu gudang dan diplomanya segulung besar, tiba dalam masyarakat menjadi "MATI" sebab dia bukan orang masyarakat. Hidupnya hanya mementingkan dirinya diplomanya hanya untuk mencari harta, hatinya sudah seperti batu, tidak mempunyai cita-cita, lain daripada kesenangan dirinya. Peribadinya tidak kuat. Dia bergerak bukan kerana dorongan jiwa dan akal. Kepandaiannya itu kerap kali menimbulkan takutnya. Bukan menimbulkan keberaniannya memasuki lapangan hidup!"
Dorongan orang terdahulu disebabkan ingin menjadi orang yang bermanfaat, mengejar ganjaran Tuhan, ikhlas keranaNya. Segala kebaikan berada ditanganNya. Firman Allah yang bermaksud,
Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. (3:26)
Meyakini bahawasanya kita hidup sebagai hambaNya, dan hidup sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi agar kebaikannya diraih bersama. Ganjarannya Tuhan sahaja yang balas. Bukan kerana nama, mahupun harta dan pangkat. Semoga apa-apa yang kita lakukan, kita lakukan dengan cara yang terbaik, dan Tuhan menerima amalan yang kita lakukan.
No comments:
Post a Comment