Baru-baru ini, segelintir rakyat Malaysia menjadi kecoh
dengan isu DZN akan tajuk ceramah beliau yang agak kontroversi. Iaitu
“Similarities between Islam and Hinduism”. Hal ini menjadi semakin hangat apabila
wakil sesetengah NGO melabel DZN sebagai syaitan dan whatsoever. NGO Islam
juga tidak ketinggalan untuk mengeluarkan kenyataan tidak senang hati dengan
ceramah DZN yang mana mereka mengatakan ianya akan menggangu ekosistem unik umat
islam di Malaysia ini. Haha kelakar
bukan?
Sudah usai awak membaca intro dekat atas itu,
awak rasa apa yang saya hendak cuba sampaikan? Tekalah hehe. Ekosistem (bak
kata Zamihan Mat Zin) masyarakat Malaysia ini sangat terkenal dgn isu-isu
sensitiviti baik agama mahupun perkauman dan sebagainya. Tapi buat masa ini saya
nak letak ke tepi dahulu isu-isu perkauman. Sekarang saya cuma hendak berbincang
sedikit mengenai agama di Malaysia ini. Barangkali dalam masa yang terdekat (saya
tidak jamin teman-teman, mungkin esok lusa Allah swt tarik nikmat nyawa saya)
kita akan berbincang pula mengenai isu perkauman. ahaa
Okay. Bagaimana jikalau saya mengatakan there’s
nothing wrong with atheist? Atau atheism is not the problem? Jujurnya, saya
suka bilamana mereka-mereka ini lantang menimbulkan pelbagai persoalan-persoalan
dalam agama terutamanya terhadap agama Islam. Dan saya suka juga apabila ada figure-figure
agama yang melayan karenah mereka. Dan daripada jawapan agamawan tersebut awak
boleh tahu sama ada dia bersifat rahmah ataupun sinis. Saya ingat lagi suatu
ketika dahulu seorang pemuda mempersoalkan:
- kalau benar tuhan itu wujud, kenapa dia membiarkan sahaja kejahatan
berleluasa?
- Kenapa tuhan memberi nafsu kepada kita sedangkan nafsu itu akan
menarik kepada kejahatan?
- Kalau kita berbuat jahat, pasti kita dapat dosa dan akan masuk neraka, tetapi
ini adalah disebabkan oleh tuhan yg memberi kita nafsu. Adakah tuhan itu zalim?
Dan pelbagai lagi persoalan-persoalan yang mungkin dari perspektif kita
“muslim yg soleh” ini, ianya sangat berdosa dan sangat tidak logik untuk dibangkitkan
dan dibincangkan. Ya betul itu.
Saya rasa, umum
mengetahui akan bagaimana reaksi kebanyakkan umat Islam Malaysia apabila
berdepan dengan persoalan-persoalan mamat atheist ini. Mereka akan respons dengan
ayat-ayat skema jawapan yang sangat cliché. Sebagai contoh:
- bertaubatlah saudara, kembalilah ke pangkal jalan
- jangan persoalkan benda ini
- siaplah kau nanti kau akan terseksa di neraka jahanam
Bro, adakah dengan memberikan respons-respons
bijak sebegini kita berharap dapat mengembalikan sang atheist kepada jalan yang
lurus? Adakah dengan terlebih dahulu menghukum mereka masuk neraka dan
sebagainya akan dapat membuka hati mereka kepada hidayah Allah swt? Engkau
silap bro. Sepatutnya golongan inilah yang kita ajak duduk semeja dan berbincang
berkenaan dengan kemusykilan-kemusykilan mereka. Kita takut apa? Pegangan kita
ialah Quran dan Sunnah. Dan saya percaya Quran itu adalah satu kitab yang haq, yang
sarat dengan pengajaran untuk umat manusia dan ianya tidak akan goyah walau
sehebat mana pun hujah untuk merosakkannya. Masakan hujah atheist boleh mengalahkan
isi-isi Quran?
Okay, mungkin awak
tidak faham apa yang saya maksudkan dekat perenggan atas itu. Poin saya, kalian
layanlah apa sahaja persoalan kritis berkenaan dengan agama. Jawablah dengan
ilmiah apa yang awak tahu dan jangan hendak terus menghukum mereka masuk neraka
hanya semata-mata awak tidak boleh mematahkan hujah dan permainan golongan
atheist ini. Mentang-mentanglah neraka itu awak yang cipta dengan tangan sendiri, heheh
Kenapa saya berkata
sedemikian? Ianya adalah disebabkan budaya beragama di Malaysia yang sangat kering dan
kelakar. Ritual beribadah kita buat sebab sudah menjadi kebiasaan. Apabila orang
gantung salib dekat gereja, kita pula tiba-tiba rasa gentar dan lemah aqidah.
Tentang isu non-muslim hendak menggunakan kalimah Allah swt, kita jadi panas
punggung mengatakan Allah swt itu milik orang Islam sahaja. Apabila ada orang
perli Islam, sang
keyboard warriors tampil bagai
cendawan selepas hujan lalu marah sekaligus berubah menjadi
super
saiya level 4 sambil menaip di
muka
buku hendak pergi bunuh/tampar/cari sang mulut celupar. Adakah ini yang
dikatakan sebagai Islam?
Essence beragama pun kita tidak faham.
No wonder lah kita tidak
boleh mematahkan persoalan-persoalan asas org atheist itu. Dan golongan ini
semakin jauh dari Islam disebabkan tangan dan lidah kita sendiri yang tumpul
dan berkarat. Dan juga disebabkan awak yang berhujah macam
si Harussani mufti Perak
itu.
“Islam rahmatan lil
‘alamin”
Kefahaman dalam
beragama itu sangat penting. Sedarlah teman-teman, kita bukan lagi hidup di zaman
sirr baginda nabi Muhammad saw.
Nikmat Islam ini adalah untuk semua. Ajaklah sesiapa pun kepada Islam. Dan awak
sendiri kenalah faham akan agama ini. Setiap ibadah kita, gaya hidup dan
adab-adab semuanya telah digariskan lengkap dengan tujuannya sekali. Janganlah
main ikut-ikut sahaja tanpa adanya roh dalam setiap perlaksanaan. Tambahan lagi, buat masa sekarang, budaya taksub jemaah/ustaz-ustaz/sheikh-sheikh atau fahaman yang pelik sudah sangat
membarah dan bernanah di Malaysia ini. Apabila kedengaran sahaja suara-suara yang
mengatakan sesuatu yang berkenaan dengan agama yang terasa pelik dan luar dari
kebiasaan (baca: adat), kita terus gelar dia sebagai wahabi atau kafir dan
pelbagai lagi label-label ekstrimism yang masyuk. Huh, tidak cukup lagi dengan KPOP
yang mengarut ini, apa kita hendak jadikan Zamihan Mat Zin itu sebagai idola
jugakah?
“tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan
utk beribadah kpd Aku”
Matlamat hidup di dunia
ini 1 sahaja bro. Adalah untuk
mencari redha Allah swt. Adakah dengan menolak orang semakin jauh dari agama,
mengkafir dan mengwahabikan sebahagian yang lain tersebut akan dapat meraih keredhaan-Nya?
Bro, sekarang ini sudah akhir zaman bro. Pejam celik, pejam celik esok sudah
nak kiamat. Pada masa inilah kita sangat memerlukan fahaman agama yang mantap, yang sebetulnya kerana inilah yang akan menyelamatkan kita
nanti dihadapan Allah swt. Pada masa ini jugalah dugaan beragama menjadi sangat
besar dan menggoyahkan pendirian.
Quran yang diturunkan itu adalah untuk
membanteras budaya taksub dan ikut-mengikuti yang diamalkan oleh kaum-kaum
terdahulu. Awak tahu kenapa mereka menyembah berhala? Suatu ketika dahulu,
baginda nabi selalu mempersoalkan (persoalan intelektual) kepada mereka kenapa
hendak menyembah berhala yang mereka ciptakan dengan tangan sendiri dan langsung tiada dapat
memberikan faedah kepada mereka walau sedikit pun? Tahu tidak apa jawapan
mereka? Jawapannya, inilah amalan nenek moyang mereka yang terdahulu. Ianya berakar lagi
dari budaya keturunan, lantas mereka hanya mengikut sahaja. Nah, bagaimana dengan
kita pada zaman sekarang? Apabila ditanya kenapa perlu sembah Allah, awak hendak bagi jawapan apa? Tolong jangan bagi
saya jawapan genius KBKK seperti lahir sahaja sudah Islam atau sebab bangsa
melayu memang bertuhankan Allah swt. Jadi kalau difikirkan balik, apa beza kita
dengan kaum jahiliyyah terdahulu dalam budaya ikut-mengikuti? Saya perlu awak
semua faham kenapa kita sembah Allah yang Maha Esa dan apa tujuan sebenar kita di dunia yang fana ini.
So, saya menyeru kepada golongan-golongan atheist di luar sana, keluarlah
kamu! Munculkanlah diri dan dengan lantangnya ketuklah umat Islam Malaysia ini
akan betapa kering dan longgarnya fahaman agama mereka. Betapa dangkalnya
mereka memahami Islam itu hanya atas sejadah, di dalam masjid, jaga kalimah 'Allah' dan potong tangan
orang sahaja. Jiran sebelah rumah pun tidak bertegur sapa lepas itu ada hati
nak kasihan dekat video online tentang homeless guy dekat
Amerika. Haha ini memang sangat
kelakar.