A : Mat, apasal
aku susah nak buat baik?
M : Pergi
belajar la. Mungkin kurang ilmu.
A : Aku
rasa, dah banyak aku belajar. Bertahun-tahun. Tapi still rasa payah nak
mula buat kerja.
M : Mungkin
kau banyak fikir kot.
A : Salah
ke kalau aku banyak fikir?
M : Salah
bila fikiran menguasai diri kau tu. Sampai kau rasa restless.
A : Kuasa
diri aku? Restless? Maksud kau?
M : *senyum
jahat sambil angkat tinggi kening kanan*
|
Tanpa fikir panjang, saya kreditkan gambar ini kepada (sumber) asalnya. |
Mungkin
kita sendiri pernah merasainya. Dah banyak membaca buku, tapi kurang beraksi.
Rasa macam
munafik pun ada (tetibe teringat filem seram arahan Syamsul Yusuf).
Habis nak
buat apa lagi? Takkan nak duduk bertelengku mengadap buku seumur hidup,
semata-mata mencari makna kehidupan sehingga satu kuasa turun menggerakkan
tubuh badan yang tengah kekeringan ni? Takkan kot.!
So, kita akan tanya tak henti-henti : habis nak buat apa? *sambil buat poker
face*
Well, basically, surah
Al-Insyirah dan kisah Muhammad Sang Rasul saw ber-tahannus di gua hira’
menjadi pemula kepada jawapannya.
Buku ‘The
Power of Now’ buah tangan Eckhart Tolle juga mampu memberi sinar cahaya
kepada para manusia yang kebingungan.
Derap-derap
semangat dari Bingkai Kehidupan milik Shoutul Harakah boleh memaksakan gerak kaki
yang sedang kemalasan.
Benar,
perkara yang menghambat kita bergerak dan bekerja adalah kerana extreme and
overdose dalam berfikir.
Come on. Dunia ini tidak akan maju jika
dalamnya wujud engkau-engkau yang hanya berfikir dan berhalunisiasi.
Tak kira la
engkau ustaz atau doktor, bahkan jeneral merangkap ketua angkatan tentera udara
sekalipun, tiada apa yang berlaku jika melampau-lampau dalam lamunan fikiran.
Uzlahnya Sang Rasul saw di gua hira’
adalah untuk merehatkan fikiran dari kecelaruan fikiran yang tidak mampu
dirungkai.
Eckhart
Tolle pula bersuara, kita banyak belajar cara berfikir, tapi kita tidak pernah
belajar cara untuk berhenti berfikir.
Fethullah
Gulen juga bersetuju bahwa terkadang dalam hidup, kita perlu tutup buku dan
jalani kehidupan sejajar dengan keimanan kita.
Namun kata
orang, berfikir sesaat itu lebih baik ibadah seribu tahun.
Dan kata
pakar motivasi, cara fikir yang salah akan mengakibat natijah yang
celaka.
Akhirnya
kita terus terperangkap dalam dimensi fikiran, dan fikiran yang menguasai diri
kita.
Kita kuatir,
kita salah dalam tindakan dan sesat, lalu dihumbankan ke Neraka. Hidup kekal di
sana. Na’uzubillah.
Kerisauan
menguasai diri.
Jadi, kita
mengambil banyak masa mengadap buku-buku ideologi dan falsafah.
Waktu lain
pula, kita melayari web youtube bagi mendengar celotoh pakar spiritual dan
psikologi, bagi mencari kehidupan yang hakiki dan benar.
Dalam
kegelisahan ini,
Tuhan Rabbul
‘Alamin menyeru kita untuk meminta satu hal yang paling penting dalam kehidupan
kita.
Satu-satunya
doa yang terkandung dalam Surah Pembuka (Al-Fatihah),
Ihdinaa.
Kita pun
sudah maklum akan ertinya.
Wahai
Tuhan, tunjukilah kami ke jalan lurus.
Namun saya
lebih gemar memberi maksud : Kurniakanlah kami PETUNJUK.
Benar.
Kita
perlukan petunjuk, untuk berfikir dengan baik.
Tidak
keterlaluan dalam berfikir, sehingga takut melangkah dalam kabus tebal.
Mungkin
kita akan jatuh dalam lubang yang dalam,
Atau mungkin
kita akan menemui pintu di sebalik kabus tersebut.
Apapun,
inilah konsep tawakkal.
Baik dan
buruk, sudah ditakdirkan.
Boleh jadi
baik itu sebenarnya bahaya untuk kita.
Dan boleh
jadi juga buruk itu sebenarnya bermanfaat untuk kehidupan.
Hanya Allah
yang tahu.
Maka,
Berfikirlah
secara sederhana.
Benar,
Kita diajar
untuk berfikir secara analitik, kritis dan kreatif.
Namun, kita
tidak perlu kepada pelampauan dalam pemikiran.
Rehatlah
sekejap, kerana fikiranmu juga ada hak.
Fikir, Rehat,
dan Teruskan Perjuangan.